Wednesday, June 11, 2008

samb. Perkongsian Daurah Hikari

Surah al-Ikhlas
(kalau ikut dalam nota, banyak bahasa arab.tapi sebab tak reti nak masukkan jawi,tulis makna dia je. \(^-^)/ )

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
1. Katakanlah, 'Dialah Allah, Yang Maha Esa,
2. Allah tempat meminta segala sesuatu,
3. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,
4. dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan Dia.'

Kalau diperhatikan betul-betul, dua surah sebelum ni, kita minta perlindungan . Bila dah tau yang kita perlu berlindung (berlindung dari kejahatan dll), sekarang masanya untuk kita kenal pada siapa kite hendak berlindung.

Kenapa surah ni istimewa sangat???
Sebab surah ini mengandungi kalimah tauhid.

Yang Maha Esa
Kita mengaku Allah yang paling hebat. Tiada sesuatu pun yang lebih hebat lagi.
-->tempat meminta segala sesuatu
tempat bergantung adalah sifat manusia
-->
tiada beranak dan tiada pula diperanakkan
kalau beranak, maksudnya satu masa nanti akan mati. kalau diperanakkan, maksudnya
ada ibu dan bapa. (sifat mustahil bagi Allah, rujuk 19:88~92)
-->
tidak ada sesuatu pun yang setara dengan Dia
tiada apa pun yang sama dengan Allah

tauhid
-->akidah hati
fitrah manusia bahawa tiada dua tuhan.kita sudah bersaksi.(3:53)
-->penafsiran bagi alam
alam hanya ada satu pencipta.oleh kerana alam ini sangat hebat,
maka mesti ada kuasa hebat yang menciptanya. ( 21:22)
-->sistem kehidupan
* sistem untuk bera,al dan bergerak untuk Allah semata-mata
*sistem untuk terima apa sahaja dari Allah semata-mata
*sistem menghadapkan wajah kepada Allah semata-mata untuk
mengadu nasib
*sistem untuk menyembah Allah semata-mata

1 comment:

satu_muharam said...

sori..sori..sori..
skali lg tergune kaler yg x sesuai..
maaf..