Six PKR Youth leaders to follow Ezam
Berita utama New Straits Time hari ini mengulas satu lagi isu lompat-melompat parti yang berlaku dalam politik Malaysia hari ini. Selepas Tun Dr M mengumumkan keluar dari parti yang berpuluh tahun diperjuangkannya, UMNO dua minggu lalu, isu ini semakin mengundang perhatian disusul beberapa lagi pemimpin yang memilih untuk ‘bertukar angin’.
Isu ini tidakkah membuatkan kita terfikir, apakah sebenarnya yang diperjuangkan? Bagaimana seorang pemimpin boleh beralih menjadi penentang kepada kumpulan yang pernah diperjuangkannya sepenuh hati satu masa dulu. Ataukah dia kini mulai sedar bahawa dia sebenarnya pernah memperjuangkan suatu perkara yang tidak berasas atau mungkin juga perjuangannya kini tidak lagi memberikan kepentingan pada dirinya sendiri justeru dia berundur?
Perkara ini bukan baru, malah Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn sendiri keluar parti semasa pemerintahan Tun Dr M. Jelasnya setiap pemimpin mempunyai idealisme dan pandangan tersendiri yang tidak semestinya dikongsi bersama meskipun mereka berada di bawah payung perjuangan yang sama.
Berbeza pastinya dengan gerakan amal islami. Pemimpin tidak lari daripada mempunyai perbezaan dalam gagasannya namun apabila itu semua tertakluk di bawah hukum syariat yang telah ditetapkan oleh Allah swt., semuanya pasti bertemu dalam pegangan yang teguh atas fikrah yang satu.
Apakah yang menjadi dasar pada satu sistem hebat yang bisa menyatukan manusia keseluruhannya ini?
Akidah aqliyyah, ibadah ruhiyyah serta sistem perundangan dan kehakiman.
Justeru mengapa masih berlaku perpecahan dikalangan umat Islam?
Soal cara siapa yang terbaik atau lebih betul?
Soal siapa yang berkuasa atau lebih benar untuk memimpin?
Tanyalah kembali diri apakah sebenarnya yang diperjuangkan dan apakah sebenarnya matlamat daripada perjuangan itu?
Jika jawapannya selain daripada redha Allah.. lihatlah murka Allah atas perpecahan itu setelah turun peringatan yang keras daripada Allah.
Wa’tashimu bihablillahi jamian wala tafarraqu, wazkuru ni’mataLlahi ’alaikum izkuntum a’daa an faallafa baina quluubikum faasbahtum bi ni’matihi ikhwaana..
Dan berpegang teguhla kamu semuanya pada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu(semasa jahiliah) bermusuh, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara. (Ali-Imran : 103)
Mencampur baukkan keinginan, kepentingan dan keegoan sendiri di dalam perjuangan seringkali menjadi punca perpecahan. Kerana itu di dalam amal islami, setiap perbuatan dan keputusan mestilah disokong dengan hujah bukan sekadar ketundukan pada sakshiah kerana hujah rabbaniyyah bukan merupakan ciptaan manusia yang diliputi oleh sifat-sifat kelemahan serta keterbatasan dan terpengaruh oleh faktor-faktor tempat, masa, budaya dan warisan, watak dan hawa nafsu. Hanya Rabb seluruh isi alam ini yang telah menjadikan sesuatu dengan sebaik-baiknya lagi Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan mukmin apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka (Al-Ahzab : 36)
Sesungguhnya kita, manusia tetap lemah pada dasarnya dan tidak mampu untuk sampai ke peringkat kesempurnaan walau bagaimana matang ilmu pengetahuan dan tinggi pengalaman..
Wakhuliqal insaanu dha’iifa
Dan manusia dijadikan bersifat lemah (An-Nisa’ :28)
Realitinya, kita dipengaruhi oleh persekitaran, hawa nafsu, warisan serta mudah dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu yang berkaitan dengan diri kita. Persaingan sosial dan pertentangan pemikiran manusia dewasa ini adalah merupakan bukti yang paling kuat bahawa manusia mudah terpengaruh dengan faktor-faktor tersebut. Akal dan ilmu manusia adalah terbatas dan ia lemah untuk mencipta undang-undang yang tersendiri walau bagaiman hebat dan sempurna dirinya itu.
Wafauqo kullizii ’ilmin ’aleem
Dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang Maha Mengetahui (Yusuf : 76)
Apabila segala amalan itu adalah berdasarkan iman dan taqwa, mengapa kita memilih untuk mengasingkan diri daripada mereka yang bersama-sama memperjuangkan agama Allah?
Wata’awanu ’ala birri wattaqwa, walaa ta’awanu ’ala ismi wal ’udwan, wattaquLlah, innaLlaha syadeedul ’iqaab.
Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan jangan tolong-menolong dalam membuat dosa dan permusuhan, bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksaNya (Al-Ma’idah : 2)
Meminjam kata-kata Al-Sheikh Mustafa Mahsyur, bersatu dalam perkara yang kurang baik itu adalah lebih baik daripada berpisah atas perkara yang lebih baik. Syura is the best method of making decision.
Tepuk dada, tanyalah iman!
p/s : sedih sungguh dengan 'isu perpecahan dan perpisahan' ni...
No comments:
Post a Comment