Thursday, June 12, 2008

samb. Perkongsian Daurah Hikari

Surah An-Nasr

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
1. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
2.dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
3.maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya.Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat

Tema
-->Kemenangan Islam dan pertolongan Allah
-->Akhlak

Sebab nuzul
-->Pembukaan kota Mekah
Waktu surah ini diturunkan, Saidina Umar bertanya kepada para sahabat apa pendapat mereka tentang surah ini. Mereka menjawab, surah ini adalah tentang kemenangan Islam. Kemudian, Ibnu Abbas berkata, tandanya Rasulullah akan wafat tidak lama lagi kerana Islam sudah menang.

注: Pertolongan Allah tidak datang secara percuma
'Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta diguncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang beriman,"Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.' (2:214)

No comments: