Saturday, May 24, 2008

Dugaan...

Bismillahirrahmanirrahim....

sedap dgr akak nye post pagi tadi...
tetiba rasa lega sket kot...hehe
kan bgs dpt dgr ag dr akak...mcm tazkirah tiap2 hari...balik2 dr gakkou trus baca...

truskan ek...

Thursday, May 22, 2008

fasobrun jameel; pengajaran dari alam

Gulungan ombak menghempas pantai, mengikut irama liuk nyiur di tepian menikmati mentari petang yang kian suram. Luas lautan china selatan menggamit pandangan seolah-olah sedang bercerita tentang rahsia alam. Tentang ingatannya pada sang Kekasih yang menentukan irama kehidupannya setiap saat, setiap ketika tanpa lengah.

innafii kholqissamaawati wal ard wahtilaafillaili wannahari la ayatin li ulil albab
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal (Ali-Imran:190)

Langit dan bumi, malam dan siang, pasang dan surut; Tuhan mengajarkan tentang alam yang berpasangan.. tentang rukun alam yang pasti silih berganti. Justeru perkara serupa berlaku pada setiap makhlukNya, tanpa terkecuali. Ada bahagia dan duka, ada senang dan sukar, ada lapang dan sempit. Semuanya bahkan menjadi ujian agar terbukti siapa yang terbaik amalnya;

allazii kholaqol mauta wal hayata liyabluwakum ayyukum ahsanu amala
Yang menjadikan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya (Al-Mulk:2)

Mengimbas kembali kenangan di tanah sakura, mengingatkan diri tentang erti sukar, bagaimana untuk bangkit dari kegagalan dan membebaskan diri dari sikap berputus asa. Ternyata apabila kita menyedari kekuatan itu datangnya dari Dia, kita akan merasai kekuatan itu. Bahkan kekuatan itu juga yang bisa membuat kita lebih teguh di jalanNya.

Ujian-ujian Allah itu justeru menaikkan darjat hambaNya; seperti mana Allah menaikkan rasul-rasul Ulul Azmi kerana hebatnya cubaan yang diberikan ke atas mereka yang telah berjaya dilalui dengan SABAR.

Innalillahi wainna ilaihi roji'un, sesungguhnya kita daripada Allah dan kepada Allah kita kembali.

Membebaskan diri dari bisikan syaitan yang melemahkan akan jadi makin sukar jika kita tidak berusaha memperbaiki hubungan dengan Tuhan kerana itulah kunci kekuatan atas ujian-ujian yang diturunkan. Orang yang berjaya melepasi ujian justeru adalah orang yang mengingati Tuhan dengan sabar dan penuh pengharapan. Tampak senang, namun realitinya bukan mudah untuk SABAR dan mengingati rahmat Allah.

wa'asaa an takrohu syai'an wahuwa khoirullakum, wa'asaa an tuhibbu syai'an wahuwa sharrullakum,
Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik untuk kamu dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu sedangkan ia buruk bagimu.

Masa berlalu menemukan kita dengan kehidupan yang baru, persekitaran yang baru. Boleh jadi langkah-langkah itu makin sukar, namun pengalaman menjadikan kita lebih kuat pastinya. Namun, apabila kita menyedari setiap detik nadi itu diperhati dan ditemani Dia, insyaAllah kita pasti dapat mengharunginya.

Dia tidak pernah jemu melainkan kita sendiri yang jemu meminta kepadaNya.

Paka, tganu

Tuesday, May 20, 2008

Ini Peranan Pelajar (hadis ghulam)


Remember our golden week 2008? For anyone who are interested to know wat happens next,here is the full story of ghulam. hope you guys enjoy and got something from it. (^_^)

more pics (click here.)


Ini Peranan Pelajar (hadis ghulam)

Ghulam, Sihir dan Rahib…..

Persis perjalanan hidup kita yang bukannya ‘kebetulan’ …… kerana ‘kebetulan’ bertentangan dengan aqidah kita! Tetapi adalah sunnah Allah yang akan terus berlaku.

Dari Suhaib bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita:
Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut: “aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.
Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Ahirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: “Jika kamu takutkan tukang sihir, katakana kepadanya bahawa ububapaku menahanku (di rumah). Jika kamu takutkan ibubapamu (kerana lewat pulang), katakana kepada mereka berdua tukang sihir telah menahanku.
Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya, “Pada hari ini, aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih Engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai.”
Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati (orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya).
Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: “Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, engkau akan diuji nanti. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentang ku.
Budak tersebut berjaya mengubati penyakit kusta dan sopak. Dan juga dapat mengubat semua penyakit yang dihadapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit hingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut, dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budak tersebut: “semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.”
Budak berkata kepadanya: “Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu.” Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sedia kala.
Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya: “Siapa yang mengembalikan penglihatanmu?” Kata pembesar tersebut: “Tuhanku.” Raja sangat marah dan mengatakan: “Ada ke tuhan lain selain dariku?”
Lalu pembesar tersebut ditangkap dan diseksa hingga dia pun membonngkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: “Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini.”
Lalu budak itu menjawab: “Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah.” Lalu iapun ditangkap dan terus diseksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia rahib (kerana tidak tahan dengan seksaan).
Lalu rahib pun ditangkap. Ia diserahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.
Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata: “Balik semula kepada agama asalmu.” Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: “Bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah: “Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki.”
Tiba-tiba bukit bergegar dab jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja. Raja bertanya: “Mana dia kawan-kawanku?” Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi mereka.” Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: “Bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan, campakkan ia ke dalam laut.”
Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: “Mana kawan-kawanku?” Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi mereka.”
Lalu budak tersebut berkata kepada raja: “Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta.” Tanya raja: “Apa dia?” Kata budak: “Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.
Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia. (Tiba-tiba orang ramai berkata: “Budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui)* “Kami percaya kepada Tuhan budak ini.”
Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan: “Telah berlaku apa yang aku tidak mahu ianya berlaku.” Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak, akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.
Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: “Wahai ibu, sabarlah. Engkau berada di atas kebenaran!”
Hadis riwayat Muslim (No.5327 Kitab Zuhud dan Raqa’iq), Tarmizi (No.3263 Kitab Tafseer al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab Riyadhus Solihin di bawah bab Sabar.
*di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yang ada dalam riwayat Tarmizi
Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa:
Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Sayyidina Omar r.a telah ditemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan di bawah telinganya yang masih luka. ALLAHU AKBAR!

Monday, May 19, 2008

kizuna

last week, the kizuna group had their first meeting at iman's house. it was exhilarating really. the group got to know each other, through cooking,eating, sleeping,eating, house keeping, eating..well you got the point. most of our time spent on eating. lol, jk. but anyway sleep overs are important because thats when we can know each other better. rather than having a meeting for an hour, you got inputs from a sister,then go home. you wont get to start the process of the taaruf and reluctantly towards building the ukhuwah.. Ukhuwah.. something that most of us couldnt find while we were in Malaysia. but korekara ne.. minna isyouni ukhuwah wo tatemasyou!! i know that it takes times, but insyaAllah we will get it.


ais cream baskin robbin....
nasi ayam made by us all . chief chef : wan nurul iman. sedap... the first nasi ayam eaten in nihon.sape ade recipe? tolong lah post.

Thursday, May 15, 2008

Cayangnye~~~


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan…
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

p/s: che tom paksa aku tulis sbb dia kata rindu nk baca tulisan aku. haha. nyway, x tau nk buat ape. teringat blog nih. so, irik tuh aku tujukan khas untuk korg~~~~~ thanx byk2.. :D cayang korang. muuuahhXX

Wednesday, May 14, 2008

Taman hati

Bismillahirrahmanirrahim....

ish tunggu akak lambat sangat....hehe
inilah taman hati bg hati2 yang bertemu kerana Nya...
pelihara lah taman ini dengan kemanisan iman, keindahan ukhuwwah...

moga hati2 yg bertemu ni akan sentiasa mengingati PenciptaNya....
Dan moga hati2 ini akan kekal di Jalan Nya...
Biar beribu halangan...
Kite akan bersatu...
di bawah Naungan Nye...

Ukhuwwah Fillah...

-yang masih mencari-