Monday, June 9, 2008

samb. Perkongsian Daurah Hikari

Tadabbur surah al-Falaq

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
1. Katakanlah,"Aku berlindung kepada tuhan yang memiliki subuh,
2. dari kejahatan apa (makhluk) yang telah diciptakanNya,
3. dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita,
4. dan dari kejahatan wanita-wanita penghembus (wanita tukang sihir) pada ikatan,
5. dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki.

Secara umumnya, surah ini menceritakan tentang perlindungan dan naungan Allah.

Dari ayat pertama, perkataan 'falaq' bermaksud 'subuh'. Perkataan 'falaq' juga boleh membawa maksud 'menjadikan/menumbuhkan'. Boleh rujuk surah al-An'am (surah ke-6) ayat 95 dan 96. Dalam ayat 95, 'faliqu' membawa maksud 'menjadikan/menumbuhkan'. Untuk ayat 96 pula membawa maksud 'subuh'.

Kenapa subuh???
Kerana ia merupakan permulaan hari, siang adalah masa untuk bekerja. Tambahan pula, manusia paling lemah pada waktu subuh.

Berlindung dari kejahatan :
1. makhluk yang diciptakanNya
--> semua jenis makhluk, sebab makhluk ni ada masa baik, ada masa jahat.
2. malam apabila telah gelap gulita
-->merujuk kepada berlindung dari kejadian/kegelapan malam itu sendiri, kejahatan (biasanya kalau orang nak buat jahat, kebiasaannya dilakukan pada waktu malam, cth: rompak rumah orang). Juga berlindung dari nafsu sayahwat.
3. wanita-wanita penghembus (wanita tukang sihir) pada ikatan,
-->kisah tentang nabi disihir Labib Ibnu al-Assam, tetapi ini adalah dalil mutawattir (benda yang dipas-pas tapi ada putus di tengah ataupun ada tokok tambah), tetapi sahih.
4. orang yang dengki apabila ia dengki
-->jenis dengki
i) dengki
ii) nikmat orang yang didengki hilang
iii)nikmat orang yang didengki hilang dan dapat pada pendengki
iv)kalau pendengki tak dapat, yang didengki pun tak dapat

'Tiada dengki melainkan dalam dua perkara iaitu apabila seorang lelaki diberikan al-Quran, dia sempurnakan hak tuntutan al-Quran, siang dan malam, dan seorang lelaki yang menginfakkan harta siang dan malam' (Hadis)


2 comments:

satu_muharam said...

maaf tergne colour yg x sesuai dgn colour background. jadi susah nk bace. mintak maaf...

harimau_kumbang87 said...

uish mantap nih...aku cop surah al lahab...hehe