Pagi Ahad; hujan turun segan2.
8:45 - Kak ayu nak buat usrah hari ni kul bape ek?
Kiriman sms daripada Iluni mengejutkan lena; kat kul 9.00 pun tidur lagi tuh..huhu. berat rsnya nak bangun, dengan tekak yang sakit n batuk yang semakin menjadi-jadi, terasa penat drive semalam masih belum hilang walaupun hanya drive dr Jabor sampai Temerloh je tu pun setelah speed giler2 sehingga membuatkan pakcik seram n kata, 'takpela.. berhenti2.. kita tukar driver'.. yes menjadi betul!
pukul 2 .. ok tak? - berkira-kira masa; nak basuh baju lagi, nak kemas rumah lagi ..
ok je, nanti saya bgtahu semua orang!
fuh.. semua orang tuh.. mcm ramai je. Mampu ke nak deliver dengan tekak yang sakit luar biasa ni?? Tak tergamak pula nak menghampakan mereka, tambahan pula bukannya mudah nak dapat peluang dok KL time2 pakcik overload keje kat tganu ni. Ni kira Allah bagi peluang cun nak ganti halaqah2 yang tertunda sejak 2minggu lepas. Alhamdulillah wa syukrulillah.. baik kita gunakan peluang ni sebelum 'dipanggil balik'.
Bertolak dari rumah jam 1.30.. terpaksa guna perdana, sbb city dah kena bawa lari .. huhu. time harga minyak melambung ni best la pakai city, save minyak .. no wonder ayah pun suka lagi guna city sekarang.. takpela asalkan ada kenderaan nak bergerak. 'We will make sure that people are not runnning on empty', janji kerajaan Malaysia seperti dalam headline NST semalam. saya ingat nak keje laa.. agak-agak pakcik bagi tak?
Sampai di tbp 2.15.. alamak, apa naqibah ni.. menjatuhkan reputasi je..huhu. Dari jauh dah nampak Iluni, fanna dan bella menunggu kat luar. Waa, terharunya .. che tom dulu pun takde tunggu kak ayu sampai begitu sekali hehe.. Sampai je terus disambut depa. Dalam hati terus berdoa, ' Ya Allah kuatkanlah dan kurniakanlah hidayah kepada mereka atas kesungguhan mereka terhadap agamaMu ini'
Belum sempat memulakan kata, mereka dah lontarkan macam2 pertanyaan..
"Kak ayu, dalam buku ni ada sebut pasal kewujudan manusia sebelum Adam.. macam mana tu?"
nasib baik depa tak tanya soalan antara dinasour dan adam mana yang wujud dulu?
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. Al-Baqarah:30
Itulah jawapannya.. Allahu'alam
Kami buka diskusi petang itu dengan bacaan Al-Fatihah seterusnya tadabbur pengertian-pengertian yang terselit di sebalik setiap ayat-ayatnya yang penuh hikmah.
ihdinasshiraatol mustaqeem, ihdinasshiraatol mustaqeem, ihdinasshiraatol mustaqeem..
Tunjukkan kami jalan yang lurus. Apa dia jalan yang lurus?
Faalhamaha fujuroha wataqwaaha..
Dari dua jalan yang disediakan Allah; semestinya jalan kepada ketaqwaan, bukan sebaliknya. Bukan jalan orang-orang yang Dia murkai, bukan juga jalan orang-orang yang sesat. Tetapi jalan orang-orang yang Allah berikan nikmat; nikmat iman, nikmat hidayah, nikmat di atas kesyukuran dan kepatuhan atas jalanNya.
'Ya Allah, jadikanlah ilmu yang kami pelajari ini sebagai amal-amal bagi kami'..
Selepas membicarakan dua golongan yang dimaksudkan dalam surah Al-Fatihah itu, kami berdiskusi pula tentang muslim.
'Kak ayu cakap tadi semua orang dilahirkan asalnya muslim.. macam mana boleh jadi orang hindu ke kristian ke lepas tu.. tak faham..'
Apa maksud muslim?
Tunduk, patuh kepada Allah.
Adakah pokok muslim? adakah haiwan-haiwan muslim?
ya.. ya
Sebab makhluk-makhluk ini semua hidup dalam ketundukan dan kepatuhan kepada Allah. Mereka semuanya muslim.
Manusia pula?
Dan , ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka : "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul , kami menjadi saksi", agar di hari kiamat kamu tidak mengata-kan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini " (Al-'Araaf:172)
Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi."
(Hadis riwayat Bukhari)
Cukup dah rsnya dua dalil naqli ni utk menjawab persoalan tu..
rajin nnt kak ayu sambung balik ek.. tak berkesan pun strepsils ni, sakit yg amat..jenuh telan pain killer.
Sunday, June 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kak ayu, jaga kesihatan baik2 yer.
moga kak ayu cepat2 sihat.amin.
ish3~ kak ayu~~ odaijini.. fizah pun.. makan2.. hehe.. jgn x makan.
asal nama saya lak yg kuar nih...isk yela nanti sy jemput akak gne kapet merah...huhu
tula org suh makan ubat xnk...hehe jadi jugak akak lari dr tganu...hehe
kak ayu~ odaijini. laughter the best medicine :D hehe. hebat btul adik2 kite. rasa terharu dan naik semangat.
sorry baru nmpk muka sy nih
odaijini!! hehe sian che tom, sy pn terkira dlm golongan tak tunggu dpn pintu tu kot, hehe, tp kan dl umah sy umah akak juga.... ^o^
Post a Comment