hari Khamis lepas, waktu belajar ディジタル電子回路, waktu tengah menyalin nota, baru perasan yang apa yang sensei tulis, semuanya ada dalam buku. memang dh perasan sebelum ni, tapi waktu tu tiba-tiba terfikir.. kenapa nak kena ada sensei yang ajar kita sedangkan apa yang sensei ajar semua ada dalam buku? memang sebijik dalam buku..kalau kita baca sendiri tak boleh ke? walaupun sama apa yang sensei tulis dengan yang ada kat dalam buku, semua budak taat & tekun jer salin.. bila fikir-fikir balik, memang la boleh jer kalau nak baca sendiri.. tapi.. disebabkan pengalaman & ilmu yang sedikit, kita perlukan orang yang lebih berilmu & berpengalaman untuk ajar kita. barulah tak salah faham & lebih senang nak faham. bila fikir-fikir lagi, buku tu pula siapa yang tulis?banyaknya ilmu dia sampai boleh tulis buku?dari mana dia dapat ilmu? fikir-fikir lagi, mestilah ada jugak orang yang ajar dia. abis tu, kalau semua orang diajar oleh manusia lain, di mana kesudahannya..? sebab itulah,akhirnya pemikiran kita akan kembali juga kepada Allah, satu Kuasa Maha Besar yang telah menciptakan kita. Nabi Muhammad dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu dariNya untuk disampaikan kepada kita, umat baginda. Di sinilah rasionalnya kewujudan para rasul dan al-Quran. Para rasul, ibarat macam sensei pada kita. Kitab suci al-Quran pula kyoukasyo kita. Kalau kita hadam betul-betul apa yang kyoukasyo kita tulis, insyaAllah exam kita goukaku. Sama jugak dengan hidup kat dunia ni, kalau kita ikut apa yang 'sensei'(Rasulullah) ajar & amalkan, kita ikut apa yang tertulis dalam 'kyoukasyo'(al-Quran) , insyaAllah di akhirat kelak kita akan menjadi manusia yang berbahagia. Amin. Janji Allah itu benar.
Lagi satu, dekat-dekat nak exam ni, terfikir jugak..kenapa ada exam.. padahal memang tiap kali nak exam soalan tu akan terkeluar. bila fikir-fikir lagi, kadang-kadang, ada subjek yang kita tak faham pun apa yang sensei ajar, tapi disebabkan nak exam, kita cuba jugak sedaya-upaya untuk fahamkan apa yang sensei ajar. buat latihan, stay up sampai pagi, semata-mata nak fahamkan apa yang sensei ajar seterusnya berjaya dalam exam dengan cemerlangnya. Kat sinilah jugak logiknya Allah bagi ujian kat kita. Selagi Allah tak uji kita, tak hadapkan kita dengan cabaran, kata tak akan berusaha untuk faham, kita ni sebenarnya hidup untuk apa.. adakah semata-mata untuk belajar kat dai, sotsugyo, dapat kerja best, gaji besar.. lepas tu apa? habis macam tu jer.. ujian yang Allah turunkan mesti ada hikmah. kita manusia tak mampu nak menjangkau apa yang dah Allah tetapkan untuk kita. Sebagai hamba yang lemah, kita perlu redha dengan ketentuanNya, di sampin tu, terus berusaha agar hidup kita sentiasa dalam redhaNya. semoga kita semua menjadi hamba yang disayangi oleh Allah. Moga-moga diri kita layak untuk menghuni syurga Ilahi.
*inilah hasilnya bila tadi jawab exam dengan teruknya...
Friday, July 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment