syukur alhamdulillah selamat sudah jaulah ke hokkaido. moga perjalanan ini dirahmati oleh Allah SWT.
so di hokkaido kitorg sempat melawati hakodate, sapporo dan masjid hokkaido. Semasa berada dlm jaulah setiap dr kitorg nih kene bentangkan kisah 10 sahabat yang dijamin syurga. Untuk bahagian sy ialah Abu Ubaidah Bin Al Jarrah. sape sebenarnya abu ubaidah al jarrah ni? kenapa dia terpilih dlm 10 sahabat yang masuk syurga? apa pengorbanan nye?
>>>>>>>>>>>>>>> baca seterusnya <<<<<<<<<<<<<<<<<
Abu Ubaidah Al Jarrah atau nama sebenarnya ialah Amir bin Abdullah bin Jarrah Al Fihri Al Quraisyiy. Dalam Sabda Rasulullah SAW
Sesungguhnya setiap umat mempunyai org kepercayaan dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah Al JarrahDalam satu kisah rombongan kristian datang menemui Rasulullah SAW untuk meminta diutuskan kepada mereka seseorang dari kalangan sahabat yang bole menghakimi mereka dalam kes harta dan pertelingkahan mereka. Rasulullah SAW berkata bahawa dia akan mengutuskan sahabatnya itu. Semasa itu Umar Al Khattab yang mendengar pasal hal itu tertanya tanya siapakah gerangannya orang yang paling amanah dikalangan sahabat dan dia merasakan dirinya bakal diutuskan tetapi Rasulullah SAW memilih Abu Ubaidah Al Jarrah. Pendek kata disini, Abu Ubaidah Al Jarrah lebih menyerlah dlm sifar keperibadian.
Di dalam kisah Perang Badar(kalau x silap), Abu Ubaidah telah membunuh ayahnya yang berada di pasukan musyirikin sehingga turunnya ayat al Quran mengenai beliau dalam surah al mujadalah ayat 22.
Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.Pada saat kematian nye, iaitu ketika zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab, Abu Ubaidah Al Jarrah telah memimpin pasukan tentera di syam dan pada masa itu syam dilanda wabak taun. Melihatkan keadaan itu, saidina Umar menulis surat kepada nya memanggil supaya kembali kerana ada urusan tp sebenarnya adalah untuk memanggil Abu Ubaidah supaya kembali. Tetapi Abu Ubaidah telah membalas surat Saidina Umar dan meminta supaya digugurkan arahan itu kerana beliau mahu berjuang bersama sama tenteranye.Apabila Saidina Umar menerima surat itu, beliau menangis kerana dia tahu abu ubaidah sudah menjangkakannya.
semasa dpt tugasan nih x tau pon sape sebenarnya abu ubaidah nih. penah dengar tp xnk amik tahu pon..seorang pahlawan islam yang sangat hebat, kisah nya yg menarik sy ada waktu dia membunuh ayahnya. sebabnya, seorg ayah sudah tentu menyayangi anak nya dan seorang anak sudah tentu menyayangi ayahnya tp kerana taatnya kepada agama, dan kerana Haq yang mesti ditegakkan, dia telah membunuh ayah nya dlm peperangan sehingga turun ayat al quran khas utk nya. bayangkan klu kita dlm baai camtu, sekarang ni mak x bg pergi prog pon kite dah x tahan... semoga citer abu ubaidah al jarrah nih mampu meningkatkan keimanan kite kepada Allah SWT...
No comments:
Post a Comment